Kalau orang lain boleh uda pun nak cuba juga lah...
Dalam perjalanan balik ke kampung bila melalui jalan sekitar Janglau,Batu 7 Kuala Rompin menuju Endau,uda seronok melihat kebun pisang yang luas dan puas mata memandang.
Dalam hati berkata tak salah untuk uda mencuba
Kalau dia orang boleh uda pun rasanya mampu
" Hendak Seribu Daya,Taknak berjuta dalih "
Akhirnya...inilah yang mampu uda buat
Projek ini uda TAGLINE dengan nama arwah anak uda " Tuah Aminah "
Kalau Uda tak kepung dengan bag plastik hitam harus ianya jadi habuan " sikuda pendek"
Bertawakkal aja lah..mudah mudahan yang baik2 belaka buat uda
Ahad, 24 Oktober 2010
Jumaat, 8 Oktober 2010
Rezeki bertambah
" Penyata jualan untuk rekod "
Hasil pengeluaran kebun uda taklah banyak sangat,kebun kecil aja
Biarlah berdikit dikit dahulu,insyakallah banyak nanti
Yang penting rekod aktiviti mesti ada
Macam orang dulu2 kata : " Bior ada buku kekira "
Resit jualan bulan Sept 2010 yang di scan.Bukti kekira ada dalam rekod untuk audit.

Khamis, 7 Oktober 2010
Alhamdulillah.............
Syukur alhamdulillah...sukanya rasa hati setelah beberapa lama berusaha,berbelanja,bertanya ilmu dengan kengkawan...akhirnya tanggal 31-5-2010 Isnin bersamaan 17 Jamadilakhir 1431 Hijrah hasil sulung buah sawit kebun pakuda berjaya dituai
Lepas waktu zohor pakuda,makuda dan pengait buah serta ipar bertungkus lumus membereskan kerja tersebut.Walau penat,keringat membasah ditubuh namun pakuda tetap tersenyum
Hasilnya memang tak banyak sebab buah sulung katakan..tapi Alhamdulillah..

Rabu, 6 Oktober 2010
Rezeki kurniaan ilahi
Betul kata pepatah lama
"Berbudi pada tanah ada hikmahnya "
Penat lelah arwah bapa saudara menanam pokok buah buahan dapat anakbuah,saudara mara serta jiran2 pakuda merasa hasilnya.Jantung pisang dalam bakul tepok tu ialah hasil dari pokok pisang yang mula mula pakuda cuba tanam
Benih pisang disedekah oleh TokNah Sireh dan PakBusu Hasan
Yang hidup cuma dua pokok saja...lain habis jadi rezeki si " kuda pendek "
Buah durian ini nampak ganjil sikit kan.....
Ketika buah rambutan sedang menghijau...sukanya..

Situasi sebenar
Asal mulanya tanah tempat pakuda usahakan tanaman ni milik bapasaudara dan emaksaudara pakuda(allahyarham & allahyarhamah) Kebetulan ada rezeki dan mereka bersetuju menjual,pakuda pun beli
Ada juga pokok durian,rambutan,kuini.Besar pahala mereka sebab ramai anakbuah dan jiran sekampung dapat merasa rezeki hasil tanaman arwah
Lama juga tanah tu terbiar tanpa pakuda urus dengan baik Maklumlah asyik merantau aja sampai kehari ini masih merantau
Takdir ilahi adikberadik pakuda membuat satu perubahan drastik
Tanah ini mesti dibuat sesuatu walaupun keluasan nya cuma 1 ekar saja
Lepas habis ditolak semak samun dengan traktor ' backhoe " adik pakuda tanam pokok kelapa sawit
Tahun 2008 era itu bermula dalam diari kehidupan pakuda

Langgan:
Catatan (Atom)