Selasa, 26 April 2011

Jambu oh jambu

Buah jambu yang pertama berbuah.Buah sulung katakan.Tanpa biji.Benih dibeli dipasar tani.Ramai juga yang dapat menjamahnya.


Durian berbunga kembali

Seronoknya......


Cuti mingguan kali ini uda gunakan untuk meronda dalam kawasan kebun.Nampak bergugus gugus bunga durian bergayut didahan.Kalaulah ada rezeki kali iniseronoknya.Mudah mudahan Allah SWT izinkan rerzeki buat kami.Amin....

Ahad, 10 April 2011

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat permainan

Menggamit rindu

Semua kenangan lama teringat kembali.Mana mungkin dapat dilupakan dari ingatan tempat ini.Pengkalan dikampung ku temapat aku dan rakan2 bermain main disini sewaktu kecil dulu.Pelbagai berita suka dan duka tentang kawasan ini.Sayang sekali gambar sewaktu dulu tak dapat dirakam sebagai kenangan.Inilah tempat kami melepas rindu pada kenangan semalam.Bentuknya pun sudah canggih,maklumlah limpahan pembangunan....

Uda kepilkan juga rezeki daripada Sungai Endau.








Gembira rasa di hati....

April 2011 warnawarni halaman kebun

Lama betul blog ini tidak dikemaskini.Bukannya terlalu sibuk tapi ruang untuk berita terkini terhad.Aktiviti ada tapi dek cuaca hujan yang tak menentu bermula akhir 2010 hingga March 2011 Uda tak bercuti.Semua urusan kebun mohon bantuan ipar duai saja.

Alhamdulilah pokok pokok pisang yang uda tanam dulu telah membesar.Ada juga yang mati mungkin sebab benih terendam air atau semut tanah.Tunggu anak  pisang dari pokok ini sajalah bagi menyulam mana mana pokok yang mati.Doa kami semoga tidak ada musuh yang mengganggu tanaman pisang uda dan juga pokok pokok yang lain.Pojek pisang ini diberi Tag Line " Projek Tuah Aminah"