Ahad, 14 November 2010

Baja pokok

" AduhSaliha...belanja lagi "

Setiap 3 bulan uda kena membaja semua pokok sawit Pakuda
Aduh dah lah berat satu bag mencapai 50 kgs harganya pula...
tak menentu.Sekejap 1 bag dijual dengan harga $107 dan pernah
mencecah $150 bagi 1 bag...parah parah Bila budget menguncup uda beli
yang murah sedikit.kalau poket tebal uda belasah yang mahal sikit.
Asal hasil buah lumayan "Alhamdulillah "

Rabu, 10 November 2010

Persekitaran berhampiran kebun Pak Uda

Panorama didepan kebun Uda

Lepas penat mesin rumput dikebun pak uda melepaskan penat sekejap
Kena air 100+ sebotol sambil melihat panorama didepan kebun.
Inilah yang sempat Uda "snap "


                                                             " Rumah Arwah Tok " 
                                          

                                                                                            



                                      
                                                        


                                         
                                           "kedai tempat uda  beli Air 100+ & dunhill "

Semak samun naik semula...cepatnya

Program cuti am untuk pakuda..

Rasa Uda macam baru saja mesin rumput dikebun
Tapi bila jengok kawasan kebun baru2 ni...kalau rusa menyorok rasanya tak nampak
Cepat sungguh rumput rampai tumbuh,tinggi pula tu
Apa lagi pakuda pun kena uruskan program pembersihan kebun pakuda
Kalau dah terang kawasan itu selesa sikit mata memandang
Senang sikit MakNgah Lamah tumpang lalu untuk beliau pergi kerumah MakCik Rahmah
Jiran sekampung Pakuda juga...
Mudah juga untuk Mak Uda mengutip buah sawit yang peroi bila kebun dah terang
Rajin Mak Uda membantu...






Selasa, 2 November 2010

Alat Bantuan

" Sediakan Alatan Sebelum Berperang "

Memang menjadi tradisi semua orang kalau nak buat sesuatu sediakan kelengkapan peralatan
Kalau nak melurut pandan sediakan pandan dan pelurutnya
Kalau nak bertukang rumah siapkan dulu perkakas pertukangan seperti tukul,gergaji,pahat dan benda2 lain
Kalau nak buat sarung parang kena ada pekakas yang sesuai dengan kerja tersebut
Maka uda pun begitu jugalah
Kalau nak bekerja dikebun kena ada peralatanya
Barulah selesa nak bekerja

Ini lah peralatan asas Uda untuk beroperasi dikebun Uda





                                         
                                         " Rokok jangan lupa bang oiii..."

Ahad, 24 Oktober 2010

Terus Mencuba

Kalau orang lain boleh uda pun nak cuba juga lah...

Dalam perjalanan balik ke kampung bila melalui jalan sekitar Janglau,Batu 7 Kuala Rompin menuju Endau,uda seronok melihat kebun pisang yang luas dan puas mata memandang.
Dalam hati berkata tak salah untuk uda mencuba
Kalau dia orang boleh uda pun rasanya mampu
" Hendak Seribu Daya,Taknak berjuta dalih "
Akhirnya...inilah yang mampu uda buat
Projek ini uda TAGLINE dengan nama arwah anak uda " Tuah Aminah "








Kalau Uda tak kepung dengan bag plastik hitam harus ianya jadi habuan " sikuda pendek"
Bertawakkal aja lah..mudah mudahan yang baik2 belaka buat uda

Jumaat, 8 Oktober 2010

Rezeki bertambah

" Penyata jualan untuk rekod "

Hasil pengeluaran kebun uda taklah banyak sangat,kebun kecil aja
Biarlah berdikit dikit dahulu,insyakallah banyak nanti
Yang penting rekod aktiviti mesti ada
Macam orang dulu2 kata : " Bior ada buku kekira "


Resit jualan bulan Sept 2010 yang di scan.Bukti kekira ada dalam rekod untuk audit.

Khamis, 7 Oktober 2010

Alhamdulillah.............

Syukur alhamdulillah...sukanya rasa hati setelah beberapa lama berusaha,berbelanja,bertanya ilmu dengan kengkawan...akhirnya tanggal 31-5-2010 Isnin bersamaan 17 Jamadilakhir 1431 Hijrah hasil sulung buah sawit kebun pakuda berjaya dituai
Lepas waktu zohor pakuda,makuda dan pengait buah serta ipar bertungkus lumus membereskan kerja tersebut.Walau penat,keringat membasah ditubuh namun pakuda tetap tersenyum
Hasilnya memang tak banyak sebab buah sulung katakan..tapi Alhamdulillah..




Rabu, 6 Oktober 2010

Rezeki kurniaan ilahi

Betul kata pepatah lama

"Berbudi pada tanah ada hikmahnya "

Penat lelah arwah bapa saudara menanam pokok buah buahan dapat anakbuah,saudara mara serta jiran2 pakuda merasa hasilnya.Jantung pisang dalam bakul tepok tu ialah hasil dari pokok pisang yang mula mula pakuda cuba tanam
Benih pisang disedekah oleh TokNah Sireh dan PakBusu Hasan
Yang hidup cuma dua pokok saja...lain habis jadi rezeki si " kuda pendek "





                                           
                                         Buah durian ini nampak ganjil sikit kan.....



                                           Ketika buah rambutan sedang menghijau...sukanya..


Situasi sebenar

Asal mulanya tanah tempat pakuda usahakan tanaman ni milik bapasaudara dan emaksaudara pakuda(allahyarham & allahyarhamah) Kebetulan ada rezeki dan mereka bersetuju menjual,pakuda pun beli
Ada juga pokok durian,rambutan,kuini.Besar pahala mereka sebab ramai anakbuah dan jiran sekampung dapat merasa rezeki hasil tanaman arwah
Lama juga tanah tu terbiar tanpa pakuda urus dengan baik Maklumlah asyik merantau aja sampai kehari ini masih merantau
Takdir ilahi adikberadik pakuda membuat satu perubahan drastik
Tanah ini mesti dibuat sesuatu walaupun keluasan nya cuma 1 ekar saja
Lepas habis ditolak semak samun dengan traktor ' backhoe " adik pakuda tanam pokok kelapa sawit
Tahun 2008 era itu bermula dalam diari kehidupan pakuda








Ahad, 19 September 2010

Ada kawasan baik aku tumpang tumbuh

Aku rajin juga menjengah kebun jiran tetangga dan rasa seronok juga bila melihat kebun mereka kemas ,bersih dan mempunyai pelbagai pokok yang ditanam.Dari pokok rambutan yang mempunyai pelbagai nama,durian,pokok dokong,duku dan adalah jenis2 yang biasa dijumpai dimana mana kebun.Dikawasan tepi2 parit tu ada yang rajin menanam tebu,serai,limau nipis dan sireh pun sempat ditanam.Mana tak geramnya bila melihat pokok2 mereka tumbuh,membesar dan mula mengeluarkan hasil.Lantas dengan kekuatan mental dan fizikal serta modal yang ada pada aku...Pakuda pun mengorak langkah.Bila ada pasar tani (Hari Sabtu) dibandar Endau  melilaulah aku ke tempat menjual benih pokok.Aku beli benih mangga beberapa pokok,benih jambu air,limau nipis,dan tak lupa baja organik.Tengok ditanah tersebut ada kawasan yang boleh ditumpang menanam beberapa jenis pokok.apa lagi terus aku mengali lubang dengan cangkul untuk menanam pokok2 tersebut.Berpeluh juga badan ini.Bila terasa tekak haus air 100+ dikedai Din tempat aku membelinya.Mujur juga kedai tu tak jauh hanya beberapa langkah saja.Rokok Dunhill jangan dilupa...!Kadang kadang tu pakuda sulam juga dengan rokok Surya..keretek dari seberang..Fuhhh semerbak bau cengkih dibakar....Siap saja lubang tak lupa pakuda bubuh baja pengalah akar,baja organik,dengan kalimah yang mulia "Bismilahhirrahmanirrahim" pakuda menanam pokok2 yang dibeli tadi.Alhamdulilah beres.