Ahad, 19 September 2010
Ada kawasan baik aku tumpang tumbuh
Aku rajin juga menjengah kebun jiran tetangga dan rasa seronok juga bila melihat kebun mereka kemas ,bersih dan mempunyai pelbagai pokok yang ditanam.Dari pokok rambutan yang mempunyai pelbagai nama,durian,pokok dokong,duku dan adalah jenis2 yang biasa dijumpai dimana mana kebun.Dikawasan tepi2 parit tu ada yang rajin menanam tebu,serai,limau nipis dan sireh pun sempat ditanam.Mana tak geramnya bila melihat pokok2 mereka tumbuh,membesar dan mula mengeluarkan hasil.Lantas dengan kekuatan mental dan fizikal serta modal yang ada pada aku...Pakuda pun mengorak langkah.Bila ada pasar tani (Hari Sabtu) dibandar Endau melilaulah aku ke tempat menjual benih pokok.Aku beli benih mangga beberapa pokok,benih jambu air,limau nipis,dan tak lupa baja organik.Tengok ditanah tersebut ada kawasan yang boleh ditumpang menanam beberapa jenis pokok.apa lagi terus aku mengali lubang dengan cangkul untuk menanam pokok2 tersebut.Berpeluh juga badan ini.Bila terasa tekak haus air 100+ dikedai Din tempat aku membelinya.Mujur juga kedai tu tak jauh hanya beberapa langkah saja.Rokok Dunhill jangan dilupa...!Kadang kadang tu pakuda sulam juga dengan rokok Surya..keretek dari seberang..Fuhhh semerbak bau cengkih dibakar....Siap saja lubang tak lupa pakuda bubuh baja pengalah akar,baja organik,dengan kalimah yang mulia "Bismilahhirrahmanirrahim" pakuda menanam pokok2 yang dibeli tadi.Alhamdulilah beres.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan